Monday, 24 September 2012

Sakit Pulak Hati Kite kannnn.........

AWAS ..KALAU SELALU SANGAT MENIPU NANTI JADI TABIAT..LAMA2 TEBIAT..

Ada Aku Kesah?

Kadang2 kita bukan xboleh dengar pendapat orang..tapi kalau semua nak dengar cakap orang apa pon xjadi..ingat orang lain nak sangat ke ambil tahu pasal kita? kebanyakan suka menyibuk jea..bukan nak membantu pun..memang ramai la pengkritik tak bertauliah dengan penceramah tak berbayar kat luar tu...Dah xde kerja lain..Hal buruk orang semua nak di jaja..nak cerita macam diri tu sempurna.kalau bercerita tu nak dijadikan teladan takpe jugak,nie kadang2 melebih2..ada la yang ditokok tambah.Selalu kan kalau kita sibuk ambil pusing apa orang cakap pasal kita memang sampai bila pun ada je yg xkena..Lain kali kalau kita rasa pa yg kita buat tu tindakan betul,tapi kannnn orang lain sibuk2 bg pendapat itulah inilah bagi kita serabut kepala.....cakap jea ..Ada aku kesah?? bluekkkk!!!

Detik Terindah

Try On Baju Pengantin
Semakin hampir detiknya,dan bell perlu bersedia fizikal dan mental menghadapi perubahan selepas ini..Baju kat sebelah nie baju yg bell try kat butik pengantin.(Actually butik dalam rumah,rumah saudara,maklong..)Ada 2-3 pasang yang bell try.Memang cantik,kalau nak tempah agak mahal jugak..So,lucky ade saudara yang ada butik bridal nie,so sewa je baju pengantin nie,tak la mahal sangat.. ;) Anyway persiapan xde ape pun yg besar,everything is simple,dulukan yang wajib..Tarikh Nikah Will be 15 Okt 2012-Isnin..and after it ade buat kenduri doa selamat sebelah perempuan..insyaAllah.. ^__^

Tuesday, 21 August 2012

Mulut Ohhhh Mulut

Mulut Puaka ke Mulut Longkang ni??
Aduhai kerana mulut badan binasa.Zaman sekarang ni memang ramai yang suka ambil tahu hal orang lain kan.Nak buat kerja part time ke? yelah boleh dapat dosa sampingan,betul tak? Kalau rasa tak ada benda berfaedah nak cakap baik diam je.Sebab mulut ni memang bahaya.Pasal mulut orang boleh bermusuh,bergaduh,berperang dan berbunuhan pun ada.Kalau rasa diri tu sempurna maknanya diri tu bukan manusia sebab manusia ni memang sentiasa buat kesilapan.Yang sempurna hanyalah Allah SWT.Sentiasalah bermuhasabah diri.Tak payah nak bermegah-megah dengan kelebihan yang ada lalu menghina orang lain.Kita ni Bila ajal menjemput nanti kita akan kembali ke dalam tanah jua..selamat beramal....."

Aidilfitri Menjelang Lagi........

First of all Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat sekalian...Raya tahun nie bagi bell tak begitu terasa kemeriahannya,mungkin sebab berjauhan dengan keluarga tercinta..Ape2 pun hati bell tetap terubat sebab bell beraya dengan buah hati tersayang Muhamad Mu'eez Mu'azeem..hehehe..dia ni memang baik hati.Selalu jea ada menemani bell.Pergi mana pun mesti dengan dia..takde pulak dia merungut bosan.Kalau ada rezeki,jodoh panjang kami nak nikah pada hari jadi bell 14 september 2012..doakan kami yee..sekali lagi bell ucapkan selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..Beraya tu ingat2 la golongan yg takberkemampuan..bersederhana lah dlm menyambut kemeriahan syawal nie..papai...

Tuesday, 19 June 2012

Ayat Motivasi dan Mutiara Kata



  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
  2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
  3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
  5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
  6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
  7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
  8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
  9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
  10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
  11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
  12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
  13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  15. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
  16. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
  17. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
  18. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
  19. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
  20. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah

Lain dari yang lain

Kalau tengok blog orang lain kan memang awesome.Ntah macam mana dorang buat.Ade advertisement,ade gambar menarik,cerita dan macam-macam lagilah yang seronok untuk dibaca.Well..my blog ni memang yang paling simple i rasa.Nothing much.Huhuhu..yelah,kita ni baru nak berjinak-jinak.I memang suka menulis..apa saja yang i rasa nak kongsi i tulis,walhal apa yang makan hari ni pun.Kalau ada yang follow blog ni kira lucky lah i..anyway if somebody out there yang terrer blogging tu kongsi-kongsi lah ilmu dengan i yee...